Social Icons

Khamis, 3 Januari 2013

Soalan - soalan yang sering ditanya tentang Shaklee Advance Joint Health Tablet

FAQ tentang Shaklee Advance Joint Health Tablet 




S : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

S: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalammengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

S: Apakah ekstrak jagung?
J : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

S: Apakah Boswellia ?
J: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

S: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
J: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

S: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
A: Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

S : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

S: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

S: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

S: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

S: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
J : Ya.

Sumber: Shaklee Advanced Joint Health Tablet booklet

Shaklee Advance Joint Health Tablet sangat sesuai bagi yang selalu sakit-sakit sendi, ibu-ibu mangandung yang selalu sakit belakang, ibu- ibu  atau ayah-ayah kita yang sering mengadu sakit pinggang ke lutut ke..juga sesuai untuk atlit-atlit sukan mahupun indvidu-individu yang aktif dalam kehidupan harian.

Yang paling best skali tentang produk Shaklee Advance Joint Health ni dia cepat diserap dan kesannya boleh dirasai pada hari ke-5. tak percaya?cubalah..buktikan sendiri!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk bebaskan diri anda dari kesakitan!!!


Agent Shaklee anda bagi kawasan Setapak, Cheras, Ampang, Hulu Langat, Cyberjaya dan sekitar Lembah Klang serta Seluruh Malaysia.

Blog Utama : http://vitaminhalal.com/
FB: www.facebook.com/MummyDinaShoppe
Emel : ernijusri111@gmail.com
Whatsapp/sms : 012-3461698




Tiada ulasan:

Catat Ulasan